Xpaid.Net Jana pendapatan tambahan dengan mudah !!

2008-06-18

FAQ

Soalan-soalan lazim yang biasa orang tanya mengenai program ini.
1. Siapakah Xpaid.Net Ini?

2. Apakah itu MyMode?

3. Saya bekerja/belajar dan tidak mempunyai banyak masa untuk perniagaan ini, bagaimana saya boleh mengurus perniagaan ini?

4. Bagaimanakah saya boleh mendaftar menjadi ahli Xpaid.Net?

5. Berapa banyakkah 'income' yang boleh saya perolehi melalui MyMode?

6. Saya berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi saya menggunakan post paid, adakah boleh saya menyertainya?

7. Bagaimana cara bayaran untuk upgrade kepada status Agent MyMode yang sah?

8. Adakah perniagaan ini boleh dipercayai dan selamat?



Jawapan :-

1. Siapakah Xpaid.Net ini?
Xpaid.Net adalah sebuah sistem web 3rd party Mymode yang diselenggara oleh Mohammed Shah Bin Yusoff aka Putra Aslim (Owner WebKL.Net) bagi membantu mereka yang ingin menceburi bisnes SMS Prepaid MyMode. Sistem ini dilengkapi dengan website replika percuma, sistem randomizer bagi pelawat yang datang tanpa penaja/referral ID, sistem matrix downline, dan lain-lain lagi. Kemudahan ini tidak akan anda dapati dari Syarikat Mymode sebaliknya hanya sekiranya anda berdaftar dengan Xpaid.Net.

2. Apakah itu MyMode?

MyMode adalah sebuah sistem teknologi baru dikendalikan oleh sebuah syarikat tempatan Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd yang beribu pejabat di Ampang, Selangor. MyMode menawarkan perkhidmatan mudah-alih (mobile services) dengan menggunakan teknologi terkini. Anda boleh mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang MyMode dilaman web rasminya di www.mymode.com.my.

3. Saya bekerja/belajar dan tak mempunyai banyak masa untuk perniagaan ini, bagaimana saya boleh mengurus perniagaan ini?

Ramai daripada mereka yang menjalankan perniagaan ini bekerja atau belajar sepenuh masa. Ini bukanlah penghalang kepada anda untuk berjaya kerana konsep mobile perniagaan ini membolehkan anda memguruskan perniagaan secara sambilan. Ingat, tiada barangan fizikal yang perlu diangkut dan disimpan di gudang, tidak perlu menyewa premis perniagaan, tidak perlu melawat rumah-ke rumah.

Permintaan topup prepaid memang sedia wujud dan ia merupakan satu keperluan untuk pemilik telefon bimbit. Malah anda tidak perlu bersusah payah membuat produk demo untuk meyakinkan bakal pelanggan anda!

Fikirkan, mengapa anda ingin ke kedai telefon untuk topup sedangkan anda boleh topup telefon anda sendiri dan sekaligus menambah pendapatan? Sebagai ejen anda akan menikmati penjimatan kad prepaid daripada harga pasaran. Jika anda menjual dan menaja, pendapatan anda akan bertambah berlipat kali ganda.

4. Bagaimanakah saya boleh mendaftar menjadi ahli Xpaid.Net?

Anda boleh menjadi ahli Xpaid.Net secara percuma dengan mengisi borang Pendaftaran Keahlian Percuma kami di sini. Dan sekiranya anda ingin 'upgrade' keahlian anda kepada Agent Mymode yang sah, anda boleh membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM65 pada bila-bila masa dengan menekan menu Upgrade MyMode Agent.

5. Berapa banyakkah 'income' yang boleh saya perolehi melalui MyMode?

Pendapatan yang boleh anda perolehi tidak terhad. Lebih banyak anda jual dan lebih ramai ejen dibawah anda, maka lebih banyaklah pendapatan anda. Ingat, konsep MLM (multi-level-marketing) MyMode membolehkan anda mendapat komisen sehingga sepuluh peringkat di bawah anda!

Bina rangkaian anda dengan sistem canggih yang telah kami bangunkan untuk anda ini. Pasti dalam beberapa bulan lagi anda berada pada tahap 'Auto Pilot' dimana dengan tidak berbuat apa-apa sekalipun bonus mingguan dan bulanan mengalir ke dalam akaun anda sehingga anda sendiri tidak mampu untuk menyekatnya!! Tidak mustahil dalam masa setahun pendapatan bonus anda dalam Mymode melebihi gaji bulanan anda sekarang. Malah ia merupakan satu jaminan pendapatan untuk wang pencen anda. Ini adalah satu peluang mencapai financial freedom anda...

6. Saya berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi saya menggunakan post paid, adakah boleh saya menyertainya?
Sudah tentu, kerana anda masih berpeluang menjual kad prepaid tersebut kepada mereka yang menggunakan prepaid atau dengan mendaftarkan agent baru. Anda akan menikmati komisen dan ganjaran hasil dari penjualaan dan penajaan anda termasuk bonus overriding hasil dari pembelian product daripada downline anda. Cuma anda sendiri tidak berpeluang menikmati penjimatan kad prepaid kerana anda membayar bil telefon bimbit anda secara postpaid. Itu sahaja bezanya.

7. Bagaimana cara bayaran untuk upgrade status Agent MyMode yang sah?
Harga yuran upgrade Agent MyMode yang sah hanya RM65 seumur hidup. Boleh gunakan salah satu akaun bank di bawah :
Bank-In atau Transfer Online :
i - Maybank
No Akaun : 512174052208
Nama pemegang akaun : Mohammed Shah Bin Yusoff
Email : xpaid.net@gmail.com
i - CIMB/BCB
No Akaun : 14420074388529
Nama pemegang akaun : Mohammed Shah Bin Yusoff
Email : xpaid.net@gmail.com
Sila emailkan slip bank-in atau transaksi online pembayaran kepada admin di xpaid.net@gmail.com serta sms (username<>no telefon yang ingin di daftarkan<>email) ke 012-3011279. Sekiranya perlu bantuan lanjut sila hubungi kami.

8. Adakah perniagaan ini boleh dipercayai dan selamat?
Mymode diasaskan oleh sebuah syarikat yang amat kukuh iaitu Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd. Telah diasaskan semenjak 2003 dan telah memenangi beberapa anugerah di peringkat Asia.

MyMode telah mempunyai lebih daripada 35,000 ejen di Malaysia untuk tahun 2004 dan pada tahun 2005 sahaja telah meningkat kepada 155,000 orang! Jadi anda tidak perlu bimbang tentang kesahihan syarikat MyMode. Anda boleh menghubungi MyMode secara terus di sini. MyMode mengambil segala langkah yang termampu untuk memastikan keselamatan data anda tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kembali ke Atas

Soalan-soalan Lazim Dari Agent MyMode

1.1 Apakah yang saya perlu lakukan setelah menjadi ahli?
Anda perlu login ke http://www.mymode.com.my/ dengan menggunakan :
Mobile No: (Nombor telefon bimbit anda yang anda gunakan dalam pendaftaran)
Password: (Nombor PIN empat angka yang diberi oleh MyMode melalui SMS) Kemudian pergi ke bahagian ' Edit Profile ' untuk mengemaskini maklumat mengenai diri anda seperti nama, alamat, no telefon, akaun bank untuk pembayaran bonus dan sebagainya. Download Starterkit Lengkap Mymode dan Guideline Xpaid MyMode yang berada di ruangan VIP XPaid beserta dokumen2 lain yang diberi berserta arahan bergambar tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan mymode dengan berkesan. Terdapat juga tips-tips, simulation pengiraan bonus, pelan pemasaran dan lain-lain lagi. Perlu di ingat, Starterkit ini hanya diberikan kepada Agent Mymode yang berdaftar dibawah group kami sahaja. Anda tidak berhak menuntut StarterKit ini sekiranya yang telah mendaftar sebagai Agent Mymode dengan group lain kerana ini bukan disediakan oleh syarikat sebaliknya inisiatif kami sendiri untuk mengembangkan downline kami.

2. Mengapakah perlu membayar yuran keahlian (RM65) tersebut ke akaun bank penaja dan bukannya kepada Syarikat Asia Mobile Commerce?
Sama seperti mana-mana perniagaan MLM yang lain, setiap agent baru memerlukan penaja/upline. Hanya Agent Mymode yang telah berdaftar sahaja boleh mendaftarkan anda. Pendaftaran dilakukan hanya dengan menggunakan arahan SMS ke server gateway Mymode yang beroperasi 24 jam. Pihak syarikat akan memotong kos yuran pendaftaran sebanyak RM65 tersebut secara automatik dari credit Mymode penaja tadi. Kerana itu yuran keahlian anda perlu dibayar kepada beliau. Di semua urusan pendaftaran akan dilakukan oleh pihak kami. Kami akan daftarkan anda kepada ID referral/penaja yang membawa anda ke laman web ini sejurus proses pengesahan kemasukan wang dibuat. Kami telah membangunkan satu sistem berangkai untuk memantau keahlian baru yang berdaftar dengan kami. Setiap click dari referral ID web replika anda akan disimpan kedalam cache komputer berkenaan selama 2 minggu. Dan sekiranya pelawat memasuki website Xpaid.Net tanpa penaja/referral, Sistem kami secara automatik akan memilih salah seorang ahli untuk dijadikan penaja beliau secara rawak (random). Jadi dengan menyertai group kami kemungkinan untuk anda mendapat downline amat tinggi!!

3. Adakah saya perlu membuka akaun Maybank untuk berurus niaga dengan syarikat?
Tidak, anda boleh menggunakan akaun bank sedia ada. Jika anda tidak mempunyai akaun bank, maka anda perlulah membuka akaun bank baru di mana-mana bank yang anda suka. Dan urusan dengan syarikat masih boleh dibuat dengan menggunakan ATM Machine. Kelebihan kepada pemegang kad ATM Maybank Kawanku, kerana menu untuk menambah prepaid Mymode telah dimasukkan kedalam sistem ATM berkenaan. Maklumat akaun bank anda boleh di masukkan ke dalam akaun MyMode anda dengan login ke http://www.mymode.com.my/ . Bank akaun diperlukan untuk tujuan pemindahan tunai ringgit dari akaun MyMode ke dalam akaun bank anda.

4. Apakah Produk-produk yang boleh saya jual?
Anda boleh menjual produk mudah-alih MyMode tanpa perlu membuka rumah-kedai dan menyimpan stok. Produk yang ditawarkan adalah: Kad-kad prepaid seperti Maxis, Celcom, TMTouch dan kad-kad reload, kad IDD/STD, iTalk Mobile, Topup Jaring, Tmnet Prepaid, dan bermacam lagi. Barangan yang akan ditawarkan dalam fasa 2 dan 3 ialah Prepaid bil APi/Air, MiTV Prepaid, Mobile Auction, Mobile Finder, Mobile Chat dan SMSTV.

5. Bagaimanakah pembelian dan penghantaran produk dilakukan?
Pembelian dan penghantaran semuanya dilakukan melalui arahan SMS. Anda boleh menhantar arahan SMS pada bila-bila masa ke server Gateway Mymode yang beroperasi 24/7. Anda akan mendapat nombor PIN Top-Up 14 digit yang kebiasaannya terdapat pada kad guris prepaid topup dalam bentuk SMS juga samada ke Handphone anda atau ke Handphone pelanggan berdasarkan arahan SMS yang anda masukkan. Sila rujuk kepada bahagian Arahan SMS untuk keterangan lebih lanjut. Jika tidak ada kesesakan atau gangguan talian, penghantaran produk melalui SMS dilakukan hanya dalam 10 ke 30 saat!

6. Berapakah harga prepaid yang dikenakan bagi mereka yang telah menjadi Agent Mymode?
Anda tetap akan dikenakan harga pasaran dan keuntungan anda akan dibayar seminggu sekali iaitu pada hari Khamis. Contohnya jika anda membeli prepaid Maxis RM60, company tetap menolak RM60 daripada credit Mymode anda. Bezanya setiap produk ini tadi mempunya nilai PV masing-masing. Sebagai contoh, PV bagi prepaid Top-Up Maxis 60 adalah sebanyak RM3.30. Jumlah inilah yang akan dikumpulkan dan dikembalikan semula kedalam credit mymode anda dalam bentuk bonus pada setiap minggu mengikut pengiraan tertentu sepertimana yang terdapat dalam Pelan Pemasaran Mymode. Sila rujuk bahagian Rewards Plan untuk keterangan lanjut.

7. Apakah yang saya perlu jika saya hendak reload telefon bimbit saya, rakan saya atau pelanggan saya?
Pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Setiap kali anda menghantar arahan SMS kepada MyMode untuk reload, jumlah yang anda reload (harga kad prepaid yang anda ingin beli) akan ditolak dari baki akaun MyMode anda (bukan akaun bank atau credit prepaid handphone). Dalam masa yang sama, anda akan mendapat komisen hasil daripada pembelian ini yang dimasukkan terus ke dalam akaun MyMode anda pada setiap minggu. Untuk menambah nilai dalam akaun MyMode anda sila rujuk soalan 13 dibawah. Anda perlu menghantar tempahan melalui arahan SMS seperti berikut:
Arahan SMS: no_PIN_anda kod produk jumlah
Contoh untuk membeli 2 keping prepaid Maxis30: 1234 M30 2
Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode.
Setelah menghantar arahan ini, anda akan menerima jawapan dari MyMode beserta no PIN Top-up dan arahan bagaimana untuk menambah nilai kredit telefon bimbit berkenaan

8. Bagaimanakah cara pelanggan saya membayar saya jika mereka ingin top up telefon bimbit mereka melalui saya?
Mereka boleh membayar secara tunai kepada anda atau mereka boleh bank in ke akaun bank anda (bukan akaun MyMode) atau apa saja cara asalkan anda menerima wang tersebut. Secara tidak langsung anda tidak perlu pasal bonus yang diberi dalam bentuk credit Mymode kerana urus niaga kita dengan customer adalah secara tunai.

9. Apakah yang saya perlu jika saya ingin menaja Agent baru?
Untuk menaja anda hanya perlu menghantar arahan SMS kepada MyMode. Sila rujuk bahagian Arahan SMS untuk keterangan lanjut. Sebelum menaja pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Ini kerana setiap kali anda menaja, RM65 akan ditolak dari baki akaun MyMode anda. Jadi tajaan anda perlu membayar RM65 kepada anda dahulu dan anda masukkan jumlah ini kedalam akaun MyMode anda. Ejen baru akan mendapat nombor PIN dari MyMode melalui SMS dan penyata baki RM11, tertera dalam akaun MyMode ejen baru untuk modal permulaan. Anda juga mendapat komisen penajaan sebanyak RM10.00 yang akan di masukkan terus kedalam akaun Mymode anda.

10. Jika saya tidak mempunyai downline atau tidak menaja, adakah saya tidak akan mendapat apa-apa bonus?
Anda masih mendapat bonus melalui penggunaan sendiri dan penjualan prepaid. Tetapi jika anda ingin mendapatkan pendapatan hingga ribuan ringgit, anda perlu menaja. Lebih ramai downline anda lebih besarlah ganjaran kewangan yang anda terima. Dengan downline yang ramai akan menerima pelbagai bonus seperti Personel Retail Discount, Overriding Bonus, Unilevel Bonus, CM Club Bonus, mobilpreneur incentive, leadership incentive dan banyak lagi. Untuk mendapat pulangan yang lumayan sebenarnya tidaklah terletak kepada berapa banyak anda mampu jual atau berapa banyak prepaid yang anda gunakan. Kerana keuntungan jualan runcit samalah seperti anda menjual nasi lemak di pasar malam (single Level Marketing). Kunci kepada pulangan dan pendapatan bonus bulanan sehingga 4 ke 5 angka adalah terletak kepada tajaan. Ini kerana keuntungan runcit tadi apabila ditambah dengan elaun tajaan, digandakan pula dengan bonus star CM, dikala itu anda tidak perlu lagi bersusah-susah di pejabat. Sebaliknya hanya goyang kaki dirumah. Jadi fikirkanlah samada anda telah cukup selesa dengan keadaan anda sekarang!

11. Bilakah pemberian komisen dan bonus kepada para ejen dilakukan?
MyMode akan membayar komisen dan bonus setiap hari Khamis. Ini bermakna pembayaran dilakukan 4 kali dalam sebulan. Walaupun bonus ini diberikan dalam bentuk credit Mymode, namun anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan ke akaun bank anda. Pastikan anda maklumat akaun bank anda kemaskini dan tepat. Sila login ke ruangan ahli di portal rasmi MyMode di http://www.mymode.com.my/

12. Bagaimanakah pembayaran bonus dilakukan? Adakah hanya dalam bentuk credit prepaid atau boleh di CASH kan?
Bonus diberikan dalam bentuk credit Mymode. Anda boleh menggunakan credit ini untuk tujuan pembelian Kad Prepaid atau untuk tujuan pendaftaran ahli baru. Dengan urus niaga tunai dengan pelanggan simboliknya bonus tadi akan menjadi wang tunai juga ke tangan anda. Walau bagaimanapun sekiranya nilai ini terlalu banyak contohnya bonus mingguan anda telah mencecah 3-4 ratus seminggu, anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan ke akaun bank anda.

13. Bagaimanakah cara untuk memasukkan wang ke dalam akaun MyMode saya untuk dijadikan modal rolling?
Nota:
- Berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2005, jumlah minimum yang dibenarkan untuk topup akaun MyMode ialah RM50 bagi satu-satu masa.
- Berkuatkuasa April 2006, Fungsi menambah nilai kredit Mymode telah terdapat dalam service ATM Machine Maybank Kawanku dan nilai minimum topup di ATM machine adalah RM30.
- Jangan masukkan wang ke akaun MyMode jika anda BELUM menjadi ejen! Masukkan wang ke akaun bank syarikat MyMode:

Bank: MayBank Berhad
Nama: ASIA MOBILE COMMERCE PRIVILEGE (M) SDN BHD
No akaun: 564575300517

Hantar arahan SMS ini untuk memberi tahu MyMode:

Arahan SMS: PINbankmbbtarikhmasa jumlah_yang_dimasukkan(tanpa perkataan 'RM')
Contoh: 1234 bank mbb 0101 143209 500
Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode.
Nota:
Format tarikh (HHBB) dimana H - hari, B - bulan
Format masa 24jam (jjmmss) dimana j - jam, m - minit, s - saat

Sekiranya anda menggunakan Cash Deposit, Waktu yang ditunjukkan pada resit hanya Jam:Minit maka anda terpaksa menambahkan 00 dibelakangnya untuk bacaan saat.

Contoh bacaan pada resit 14:24 (pukul 2:24 petang)
Isikan seperti ini: 142400 Untuk arahan-arahan SMS yang lain sila rujuk ke bahagian Agent

14. Bagaimanakah untuk mengeluarkan prepaid point (wang) dari akaun MyMode saya ke akaun Bank saya?
Bonus dan komisen anda dikira setiap hujung minggu dan dimasukkan terus ke akaun Mymode anda dalam bentuk 'prepaid point' (1 prepaid point = RM1.00). Anda boleh mengeluarkan bonus dan komisen terkumpul anda dengan menghantar arahan SMS berikut:
Arahan SMS: No_PIN_andacashjumlah_yg_dikeluarkan( tanpa perkataan 'RM')
Contoh: 1234 cash 1000
Hantar ke:
0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode
Setelah arahan anda diterima, jumlah tersebut akan dipindahkan ke akaun bank yang anda telah sediakan dalam profile anda. Jadi pastikan maklumat bank anda adalah tepat. *Setiap pemindahan wang dari akaun MyMode anda ke akaun bank anda, akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 sebagai kos perkhidmatan. Jumlah ini akan ditolak terus dari jumlah yang anda keluarkan. Anda akan diberitahu melalui SMS selepas wang tersebut masuk ke dalam akaun bank anda.

15. Saya terlupa No PIN Mymode saya. Apa yang harus saya lakukan?
Untuk mendapatkan nombor PIN anda semula, anda perlu bantuan dari penaja anda kerana dia boleh menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar arahan SMS kepada MyMode supaya menghantar no PIN anda itu melalui SMS kepada telefon bimbit anda.

Arahannya: PINpintoNoHP_downline_yg_lupa_pin
Contoh: 1234 pin to 012345678

** Arahan diatas hanya boleh dilakukan oleh Direct Upline Mymode anda sahaja. Jika anda tak tahu siapa Direct Upline Mymode anda, sila hubungi pihak syarikat

16. Apakah prepaid Points Value(PV)?
Prepaid Points atau PV(MyP) merupakan sistem pembayaran yang ditawarkan kepada ejen MyMode. Para ejen boleh mengumpul dan menggunakan Myp untuk membeli produk-produk MyMode secara online dan melalui SMS tanpa menggunakan wang tunai atau kad kredit. Setiap kali anda menerima komisen atau bonus, anda akan dibayar dalam bentuk Myp. Myp dikumpul didalam akaun MyMode anda yang boleh dipindahkan ke akaun bank yang anda tetapkan. Anda juga boleh menambah nilai PP anda dengan memasukkan wang ke akaun syarikat.

17. Telefon bimbit saya kehabisan kredit, bolehkah saya menggunakan telefon lain kerana saya tetap menggunakan PIN yang sama dalam arahan SMS saya kepada MyMode?
Tidak boleh. Anda perlu menggunakan telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan MyMode. Jadi anda perlu tambah nilai telefon bimbit yang kehabisan kredit itu sebelum anda boleh berurusan dengan MyMode.

18. Berapa lamakah saya perlu tunggu jawapan dari MyMode apabila menghantar arahan SMS?
Jika tidak berlaku kesesakan talian, anda akan menerima jawapan SMS daripada MyMode hanya dalam beberapa saat dan tidak lebih dari seminit.

19. Saya merupakan Agent Mymode sebelum ini. Bagaimana untuk saya mendapatkan keahlian di Xpaid.Net?
Maaf, Kami membangunkan script ini hanya untuk kegunaan Agent Mymode yang berdaftar dibawah Group Xpaid.Net sahaja. Sekiranya anda tetap menginginkan service ini, maka kami menyarankan anda supaya mendaftar semula dengan kami dengan menggunakan no HP yang baru.

20. Saya merupakan Agent Mymode sebelum ini. Bolehkan saya mendaftar semula dengan menggunakan nombor yang sama? Atau bagaimana jika saya ingin memindahkan keahlian lama saya ke nombor lain supaya saya dapat gunakan nombor HP ini untuk berdaftar sebagai downline Xpaid.Net?
Tidak boleh. Satu no HP hanya boleh didaftarkan untuk satu akaun Mymode sahaja. Memandangkan keahlian mymode adalah seumur hidup, maka ia tidak boleh didaftarkan semula. Jika anda tetap ingin menggunakan nombor lama untuk mendaftar semula dengan kami, pertama anda perlu mengisi borang pertukaran nombor telefon untuk memindahkan keahlian lama anda ke nombor yang lain dari ruangan ahli portal rasmi Mymode dan kemudian fax kepada pihak syarikat.

Setelah proses tersebut selesai barulah nombor lama anda boleh didaftarkan semula

21. Bagaimanakan cara untuk berjaya dalam program ini?
Terdapat tiga cara utama untuk berjaya dalam MyMode iaitu melalui:
Mengguna Produk
Anda boleh menggunakan produk MyMode sendiri dengan menambah nilai (top up) telefon bimbit anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat komisen, bukan tuan punya kedai.
Menjual
Pendapatan anda akan bertambah apabila anda menjual produk MyMode kepada orang lain. Mereka akan top up telefon bimbit mereka melalui anda, bukan lagi kedai telefon dan anda akan mendapat komisen .
Menaja (recommended)
Menaja ejen baru merupakan satu-satu cara yang membolehkan anda melipat-gandakan pendapatan anda. Perniagaan berkonsep MLM ini akan membolehkan anda memperolehi pendapatan sehingga ribuan ringgit melalui penajaan. Ini kerana anda mendapat komisen bagi setiap produk yang dijual atau setiap penajaan yang dilakukan oleh anda dan ejen dibawah anda.

Kembali ke Atas

No comments: