2008-06-29
Gangguan sistem Eload
Para Agen yang dihormati, terdapat sedikit gangguan pada sistem e-reload buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Harap maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.
Stock Clearance Big Sales!
2008-06-24
Bonus terkumpul
2008-06-21
Siapakah Bakal Sertai Anda?
Student IPT
Bebudak IPT mmg byk guna prepaid, apa kata anda jadi tokey prepaid untuk diorang? Ini memudahkan mereka mendapatkan top-up daripada anda bebila masa di samping dapat side income dengan lebih mudah, senang dan berbaloi.
Graduan atau siswazah
Baru grad, belum lagi bekerja, rasa perlukan duit untuk diri sendiri, tapi nak duit dengan cara mudah, tahu menggunakan henfon, komputer dan internet dengan baik.
Bagi yang malas
Susah nak kerja bawah orang. Memula kerja kejap kendian berenti, xpun tukar kerja lain. Tak tahan kene leter bos. Kalau boleh nak jadik bos sendiri lagi bagus. Buat bisnes MyMode adalah paling senang berbanding yang lain...
Pekerja gomen/kerajaan
Mahu melakukan sesuatu untuk persediaan sebelum pencen nanti. At least kalau boleh meniaga, nak meniaga. tapi tak tahu nak meniaga apa. Takut risiko pulak nanti. Ataupun nak cari extra income bagi tampung duit minyak, belanja makan, shopping dan lenlain.
Untuk family
Gaji besar, duit banyak. Anak-anak asyik mintak duit jer. Dah besar pun takmo lakukan sesuatu. At least kalau boleh ader something yang boleh anak-anak buat untuk side income diorang sendiri. Train diorang belajar berdikari.
Kini sudah tiba masanya untuk mencipta kejayaan gemilang bersama kami...
- Jana pendapatan tambahan yang berterusan 24 jam sehari di mana jua.
- Tak perlu modal besar, tak perlu office, tak perlu pandai bercakap, tak perlu ke stokis, hanya jadikan handphone anda untuk jalankan bisnes prepaid ini.
- MyRewards Plan yang mudah dan hebat.
- Starter Kit (Bonus VIP) percuma !
- Yuran ahli hanyalah RM65 seumur hidup.
- Tak perlu kerja keras untuk mencari downline kerana sistem automatik dan randomizer terkini Xpaid.Net akan membantu anda mendapatkan downline dengan lebih senang, cepat dan mudah. Tak perlu pandai buat web, tak perlu jadi webmaster, tak perlu fikir pasal server kerana kami akan menyediakan Web replika untuk anda percuma serta url ringkas istimewa untuk VIP seperti :
http://www.xpaid.net/?id=mn9093 (VIP Xpaid Member)
2008-06-20
Tiga Kaedah Team Xpaid Menjana Pendapatan MyMode
Kaedah 1
Guna Prepaid Untuk Keperluan Sendiri serta Keluarga dan sanak saudara anda. Buat jualan sikit-sikit untuk mendapatkan untung setiap mingguan.
Kaedah 2
Perkenalkan Sistem MyMode Kepada Semua Rakyat Malaysia! Melalui Offline Ataupun Online: Promote Website Anda http://xpaid.net?id=userID di setiap forum-forum percuma. Contoh : http://www.cari.com.my
Kaedah 3
Pastikan Kesemua Downline Lakukan Kesemua Konsep Di Atas Seperti Anda. Hanya 3 perkara sahaja yang perlu anda lakukan untuk berjaya dalam Bisnes ini.
Pelan Pemasaran
Bonus & Rewards |
Sebagai agen MyMode yang sah, anda layak menerima rewards atau imbuhan yang disediakan oleh syarikat. Kejarlah pangkat!. Lagi besar pangkat anda, lagi besar dan banyak jenis-jenis bonus yang anda akan terima.
MyMode mempunyai 3 level pangkat:
Rank | Downline | Requirement |
Mobile Agent (MA) | 0 | No Downline |
Mobile Manger (MM) | 4 | Downline |
Chief Mobile (CM) | 8 | Downline |
Pangkat Pertengahan
M-Club Rank | Downline | Requirement |
Junior CM | 1 | Downline with Chief Mobile rank. |
Senior CM | 2 | Downline with Chief Mobile rank. |
Super CM | 4 | Downline with Chief Mobile rank. |
Star CM | 8 | Downline with Chief Mobile rank. |
Pangkat Tertinggi
Star Pool | Downline | Requirement |
2-Star CM | 12 | Downline with Chief Mobile rank. |
3-Star CM | 16 | Downline with Chief Mobile rank. |
4-Star CM | 20 | Downline with Chief Mobile rank. |
5-Star CM | 24 | Downline with Chief Mobile rank. |
1. Personal Retail Discount
2. Overiding Bonus
3.Sign-Up Bonus (Activate New Member)
4. Chief Mobile Club Bonus (CM Club)
5.Mobile Preunuer (MP)Bonus
6. Star CM --> 8 Chief Mobile Bonus
7. Leadership Bonus
Prepaid Card | ||||
SMS Product Code | Product Description | Retail Price (RM) | MyPoints Value (PV) | Validity Duration |
M30 | Maxis 30 | 30.00 | 1.65 | 30 days |
M60 | Maxis 60 | 60.00 | 3.30 | 60 days |
C50 | Celcom Airtime 50 | 50.00 | 3.25 | 50 days |
D30 | Digi 30 | 30.00 | 0.30 | 30 days |
C100 | 019 Airtime 100 | 100.00 | 6.50 | 6 months |
i60 | iTalk 60 | 60.00 | 5.40 | - |
Anda berpangkat Mobile Agent yang tiada downline , Anda mendapat diskaun prepaid 50% x MyPoint Value (PV).
Contoh :
019 Airtime 100 mempunyai nilai PV = 6.50
50% x 6.50 = RM3.25
Penjelasan:
1.Anda adalah "MOBILE AGENT",
2.Anda menjual 019 Airtime 100 kepada pelanggan anda.
3.Anda mendapat RM3.25.
B) MOBILE MANAGER
Anda mempunyai 4 orang downline/mobile agent , Anda mendapat diskaun prepaid 55% x MyPoint Value (PV)
Contoh :
019 Airtime 100 mempunyai nilai PV = 6.50
55% x 6.50 = RM3.58
Penjelasan:
1.Anda adalah "MOBILE MANAGER",
2.Anda menjual 019 Airtime 100 kepada pelanggan anda.
3.Anda mendapat RM3.58.
C) Chief MOBILE
Anda mempunyai 8 orang downline/mobile agent , Anda mendapat diskaun prepaid 60% x MyPoint Value (PV)
Contoh :
019 Airtime 100 mempunyai nilai PV = 6.50
60% x 6.50 = RM3.90
1.Anda adalah "Chief MOBILE ",
2.Anda menjual 019 Airtime 100 kepada pelanggan anda.
3.Anda mendapat RM3.900
.
NOTE: Apabila downline anda telah mendapat pangkat CHIEF MOBILE, anda tidak lagi memperolehi overiding dari group tersebut. Walaubagaimanapun Bonus Overriding yang tiada itu digantikan dengan Bonus CM Club.
Bonus ini akan di perolehi oleh pangkat-pangkat di bawah ini sahaja.
1. Mobile Manager (MM)=5%
2. Chief Mobile (CM)=10%
Bonus in hanya untuk 2 pangkat di atas sahaja. Untuk memudahkan pengiraan bonus lebih difahami, kita mengambil contoh pembelian produk Maxis RM60. Misal kata, anda mempunyai Mobile Agent dan Mobile Manager sebagai downline anda. Mereka berdua membeli Maxis RM60 dan nilai PV bagi Maxis RM60 adalah sebanyak RM3.30
A) Mobile Manager (MM)
Mobile Manager akan menerima 5% dari nilai PV (RM3.30) hasil dari pembelian produk oleh downline Mobile Agent anda.
Contoh:
RM3.30 x 5% = RM0.17.
Penjelasan:
1.Anda adalah "MOBILE MANAGER",
2.Downline"MOBILE AGENT" anda membeli Maxis RM60.
3.Anda mendapat RM0.17.
B) Chief Mobile (CM)
Chief Mobile akan menerima 10% dari nilai PV (RM3.30) hasil dari pembelian produk oleh downline Mobile Agent anda, dan 5% dari nilai PV (RM3.30) hasil dari pembelian produk oleh downline Mobile Manager.
Contoh:
RM3.3 x 10% = RM0.33 (Daripada Mobile Agent)
RM3.3 x 5% = RM0.17 (Daripada Mobile Manager)
Penjelasan:
1.Anda adalah "Chief Mobile ",
2.Downline "MOBILE AGENT" anda membeli produk Maxis RM60.
3.Anda mendapat RM0.33.
Bonus untuk pendaftaran ahli baru.
Level 1 = RM10.00 komisen setiap seorang tajaan.
Level 2 = RM1.00 komisen setiap seorang tajaan.
Contoh pengiraan komisen untuk Sign-Up Bonus.
Level 1 | 8 agent x RM10 (Direct Downline) | RM80 |
Level 2 | 64 agent x RM1 | RM64 |
Level 3 | 512 agent x RM1 | RM512 |
Level 4 | 4,096 agent x RM1 | RM4,096 |
Level 5 | 32,768 agent x RM1 | RM32,768 |
Level 6 | 262,144 x RM1 | RM262,144 |
Level 7 | 2,097,152 x RM1 | RM2,097,152 |
Level 8 | 16,777,216 x RM1 | RM16,777,216 |
Level 9 | 134,217,728 x RM1 | RM134,217,728 |
Level 10 | 1,073,741,824 x RM1 | RM1,073,741,824 |
TOTAL (Billionaire) | RM1,227,133,584 |
Tapi sekiranya keahlian Agent Mymode anda telah di Upgrade ke pangkat MP, Bonus Pendaftaran baru akan ditambah RM8 ini akan menjadikan:
Level 1 = RM18.00 komisen bagi setiap seorang.
Level 2 = RM9.00 komisen bagi setiap seorang.
Bonus ini adalah untuk menggantikan bonus overriding sebaik saja downline anda upgrade menjadi chief mobile. setiap chief mobile di bawah anda, anda akan dapat seperti berikut:
CM-Club Rank | Downline | Qualification |
Junior CM | 1 | Downline with Chief Mobile rank. |
Senior CM | 2 | Downline with Chief Mobile rank. |
Super CM | 4 | Downline with Chief Mobile rank. |
Star CM | 8 | Downline with Chief Mobile rank. |
1 Chief Mobile,Anda mendapat 5% group sale
2 Chief Mobile,Anda mendapat 10% group sale
4 Chief Mobile,Anda mendapat 15% group sale
8 Chief Mobile,Anda mendapat 20% group sale
Rank | Junior CM | Senior CM | Super CM | Star CM |
Qualification | 1 CM | 2 CM | 4 CM | 8 CM |
CM Level 1 | 5% | 5% | 5% | 5% |
CM Level 2 | | 5% | 5% | 5% |
CM Level 3 | | | 5% | 5% |
CM Level 4 | | | | 5% |
Untuk menjadi Junior CM, anda perlu minima 1 direct atau indirect Cheif Mobile (CM).
•Monthly Pay Out
•Berdasarkan pangkat yang dicapai oleh leader dari bulan lepas
Faedah-Faedah Yang Lain untuk CM Club.
1. Free SMS alert untuk News and Events.
2. Certificate and PIN award.
3. Special invitation for a activity.
Apakah Program Mobile Prenuer?
MP memberi peluang kepada agen meraih lebih banyak bonus
Bagaimana Untuk Menjadi Mobile Prenuer?
Anda memerlukan 6 direct downline dan RM30 kredit dalam akaun MyMode, dan SMS:
PIN<>up dan hantarkan ke gateway MyMode
Contoh Arahan : 1234 up
Apa Kelebihan Menjadi Mobile Preunuer?
Anda akan mendapat tambahan sebanyak RM8.00 bagi setiap downline baru di bawah anda.
Mesti terdapat dalam setiap group dari 8 group anda mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) cm. Anda akan dapat tambahan 20 % nilai PV.
Contoh:
Anda jual reload card berharga RM50 Celcom dengan nilai PV 2.75,
BONUS CM = 60% x 2.75 = RM1.65
BONUS CM CLUB = 20% x 2.75 = RM0.55
TOTAL BONUS STAR CM= RM1.65 + RM0.55 = RM2.20
• Bonus dibayar sebulan sekali.
• RM10 akan diambil drpd pendaftaran ahli setiap bulan.Kemudian dikumpul untuk dibahagikan kepada mereka yang layak.
Rank | 2 Star CM | 3 Star CM | 4 Star CM | 5 Star CM |
Qualification | 12CM | 16CM | 20CM | 24CM |
CM Level 5 | 4% | 4% | 4% | 4% |
CM Level 6 | | 3% | 3% | 3% |
CM Level 7 | | | 2% | 2% |
CM Level 8 | | | | 1% |
Leadership Sales Incentive
Contoh Pengiraan:
Andaikan:
• Pendaftaran bulan Februari 100 000 orang.
• Kelayakan : 2 STAR 20 orang, 3 STAR 10 org, 4 STAR 5 orang & 5 STAR 2 orang.
• 100 000 X RM 10 = RM 1 juta.
Untuk 2 STAR =1 juta X 4% =40 ribu
• 40 ribu dibahagi 20 orang mengikuf nisbah bilangan ahli yang mendaftar dalam kumpulannya pada bulan Februari.
40 ribu / 20 orang = RM2000 bonus setiap seorang 2 STAR
Untuk 3STAR =1 juta X 3% = 30 ribu
• 30 ribu dibahagi 10 orang mengiKut nisbah bilangan ahli yg mendaftar dim kumpulannya pada bulan Februari.
30 ribu / 10 orang = RM3000 bonus setiap seorang 3 STAR
Untuk 4 STAR =1 juta X 2% = 20 ribu
• 20 ribu dibahagi 5 orang mengikut nisbah bilangan ahli yg mendaftar dalam kumpulannya pada bulan Februari.
20 ribu / 5 orang = RM4000 bonus setiap seorang 4 STAR
Untuk 5 STAR =1 iuta X 1 % = 10 ribu
• 10 ribu dibahagi 2 orang mengikut nisbah bilangan ahli yg mendaftar dalam kumpulannya pada bulan Februari.
10 ribu / 2 orang = RM5000 bonus setiap seorang 5 STAR
Mengikut kiraan ini sekiranya anda 5 STAR, total BONUS LEADERSHP yang anda terima ialah = RM2000 + RM3000 + RM4000 + RM5000 = RM14,000
Dapatkan postpaid 018 pada kadar RM38 sebulan!
2008-06-19
Produk
Kenapa perlu sertai Mymode!
1.Latar belakang syarikat yang kukuh
MyMode diasaskan oleh syarikat Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn. Bhd (618758-H) beribu pejabat di C01-1, Dataran Palma Ampang, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor dan dipengerusikan oleh Datin Fara H Dalela. MyMode telah didaftarkan pada tahun 2003 dan sehingga kini telah mempunyai lebih dari 200,000 orang agent seluruh malaysia. MyMode juga telah memenangi beberapa award di peringkat antarabangsa seperti "The 4th Asia Pacific/Malaysia e-Entreprenuer Excellence Award" dan "The 4th Asia Pacific International Honesty Enterprise - Keris Award 2005" .
2.Produk wajib beliKami tidak menjual e-book yang ANDA TIDAK AKAN MEMBACANYA. Kami tidak menjual susu kambing dengan harga 2 kali ganda harga pasaran, Kami tidak menjual produk yang membuatkan anda terpaksa memikir 2 kali untuk meninggalkan barangan yang anda gunakan sekarang. Sebaliknya apa yang kami jual adalah barangan wajib beli dengan harga yang sama dipasaran. PLUS, MyMode memberikan anda BONUS dan INSENTIF yang anda tidak akan dapat di mana-mana gedung sekalipun!!.
3.Permintaan yang konsisten
Permintaan terhadap keperluan Prepaid adalah konsisten. Sekiranya Si A membelanjakan RM60 sebulan untuk prepaid handphone nya, dia pasti berbuat perkara yang sama pada bulan hadapan malah kemungkinan akan lebih dari RM60. Ini kerana prepaid kini telah menjadi keperluan harian masyarakat kita sekarang. Dari permintaan yang konsisten inilah yang menjamin pendapatan anda di dalam Mymode juga adalah konsisten dan semakin lama semakin bertambah!
4.Modal kecil, tiada yuran bulanan
Tahukah anda berapa yang diperlukan untuk memulakan perniagaan Prepaid Card? Untuk menyimpan stok hanya 10 keping setiap topup card dari pelbagai telco, sahaja anda memerlukan sekurang-kurangnya RM5,000 ringgit tidak termasuk kos-kos lain seperti sewa kedai dan sebagainya. Tetapi , anda tidak perlu mempunyai modal yang besar untuk menyertai perniagaan MyMode ini. Anda boleh mula menjadi agen MyMode dengan bayaran penyertaan serendah RM65 sahaja!! Sebenarnya nilai ini terlalu kecil jika dibanding potensi keutungan yang bakal anda perolehi.
5.Sistem yang canggih dan telus
Di My Mode setiap urus niaga akan diproses secara automatik oleh Server Gateway Mymode .Syarikat telah mewujudkan 10 Gateway mengikut telco-telco tertentu yang anda gunakan samada Maxis (012/017), Digi (014/016) atau Celcom (013/019). Anda akan diberikan Nombor PIN untuk mengakses ruangan ahli dimana semua kegiatan perniagaan anda direkodkan. Segala aktiviti atau urusniaga anda akan dicatatkan dalam masa sebenar ( in real time process ) oleh sistem. Tiada kesilapan, tiada penipuan . Semuanya boleh dipantau sendiri melalui Mobile Lounge MyMode yang disediakan oleh pihak syarikat. Antara lain anda boleh memeriksa penyata jualan anda, penyata bonus, pengiraan bonus, senarai downline, aktiviti downline, promotion dan pelbagai lagi.
6.Mudah dan tiada risiko
Anda tidak perlu mempunyai Ijazah atau Diploma untuk menjalankan perniagaan ini. Selagi anda mempunyai telefon bimbit, dan pandai menghantar SMS, maka anda mampu melakukannya . Anda juga tidak perlu mempunyai kedai, tidak perlu mendaftar perniagaan, tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu menjaja, tidak perlu membuat demo produk yang ingin dijual, dan sebagainya. Yang anda perlukan adalah telefon bimbit dan tahu cara-cara SMS sahaja.
Anda tetap akan membeli prepaid setiap bulan. Adik-beradik, kakak, abang, kekasih, teman rapat, rakan sekerja tetap akan membelinya setiap bulan. Dari RM65, risiko anda cuma sebanyak RM54 sahaja kerana RM11 lagi akan dipulangkan semula kedalam akaun MyMode anda sebagai modal permulaan untuk perniagaan prepaid ini.
7.Work over internet
Inilah peluang perniagaan yang terbaik bagi anda, anda boleh berkerja melalui Internet. Mahupun di rumah, tempat berkerja, cyber cafe ataupun dimana-mana tempat yang boleh connect kepada Internet. Banyak sangat kelebihan tentang berkerja di Internet yang tidak habis disebut.
* Anda boleh jadi majikan sendiri
* Berkerja dari semasa ke semasa
* Menjimatkan perbelanjaan prepaid anda
* Pasaran yang begitu besar di Internet
* Tidak perlu explain banyak tentang bisnes
* Website promosi akan membuat segalanya untuk anda .
* Banyak lagi....
2008-06-18
FAQ
1. Siapakah Xpaid.Net Ini?
2. Apakah itu MyMode?
3. Saya bekerja/belajar dan tidak mempunyai banyak masa untuk perniagaan ini, bagaimana saya boleh mengurus perniagaan ini?
4. Bagaimanakah saya boleh mendaftar menjadi ahli Xpaid.Net?
5. Berapa banyakkah 'income' yang boleh saya perolehi melalui MyMode?
6. Saya berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi saya menggunakan post paid, adakah boleh saya menyertainya?
7. Bagaimana cara bayaran untuk upgrade kepada status Agent MyMode yang sah?
8. Adakah perniagaan ini boleh dipercayai dan selamat?
Jawapan :-
1. Siapakah Xpaid.Net ini?
Xpaid.Net adalah sebuah sistem web 3rd party Mymode yang diselenggara oleh Mohammed Shah Bin Yusoff aka Putra Aslim (Owner WebKL.Net) bagi membantu mereka yang ingin menceburi bisnes SMS Prepaid MyMode. Sistem ini dilengkapi dengan website replika percuma, sistem randomizer bagi pelawat yang datang tanpa penaja/referral ID, sistem matrix downline, dan lain-lain lagi. Kemudahan ini tidak akan anda dapati dari Syarikat Mymode sebaliknya hanya sekiranya anda berdaftar dengan Xpaid.Net.
2. Apakah itu MyMode?
MyMode adalah sebuah sistem teknologi baru dikendalikan oleh sebuah syarikat tempatan Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd yang beribu pejabat di Ampang, Selangor. MyMode menawarkan perkhidmatan mudah-alih (mobile services) dengan menggunakan teknologi terkini. Anda boleh mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang MyMode dilaman web rasminya di www.mymode.com.my.
3. Saya bekerja/belajar dan tak mempunyai banyak masa untuk perniagaan ini, bagaimana saya boleh mengurus perniagaan ini?
Ramai daripada mereka yang menjalankan perniagaan ini bekerja atau belajar sepenuh masa. Ini bukanlah penghalang kepada anda untuk berjaya kerana konsep mobile perniagaan ini membolehkan anda memguruskan perniagaan secara sambilan. Ingat, tiada barangan fizikal yang perlu diangkut dan disimpan di gudang, tidak perlu menyewa premis perniagaan, tidak perlu melawat rumah-ke rumah.
Permintaan topup prepaid memang sedia wujud dan ia merupakan satu keperluan untuk pemilik telefon bimbit. Malah anda tidak perlu bersusah payah membuat produk demo untuk meyakinkan bakal pelanggan anda!
Fikirkan, mengapa anda ingin ke kedai telefon untuk topup sedangkan anda boleh topup telefon anda sendiri dan sekaligus menambah pendapatan? Sebagai ejen anda akan menikmati penjimatan kad prepaid daripada harga pasaran. Jika anda menjual dan menaja, pendapatan anda akan bertambah berlipat kali ganda.
4. Bagaimanakah saya boleh mendaftar menjadi ahli Xpaid.Net?
Anda boleh menjadi ahli Xpaid.Net secara percuma dengan mengisi borang Pendaftaran Keahlian Percuma kami di sini. Dan sekiranya anda ingin 'upgrade' keahlian anda kepada Agent Mymode yang sah, anda boleh membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM65 pada bila-bila masa dengan menekan menu Upgrade MyMode Agent.
5. Berapa banyakkah 'income' yang boleh saya perolehi melalui MyMode?
Pendapatan yang boleh anda perolehi tidak terhad. Lebih banyak anda jual dan lebih ramai ejen dibawah anda, maka lebih banyaklah pendapatan anda. Ingat, konsep MLM (multi-level-marketing) MyMode membolehkan anda mendapat komisen sehingga sepuluh peringkat di bawah anda!
Bina rangkaian anda dengan sistem canggih yang telah kami bangunkan untuk anda ini. Pasti dalam beberapa bulan lagi anda berada pada tahap 'Auto Pilot' dimana dengan tidak berbuat apa-apa sekalipun bonus mingguan dan bulanan mengalir ke dalam akaun anda sehingga anda sendiri tidak mampu untuk menyekatnya!! Tidak mustahil dalam masa setahun pendapatan bonus anda dalam Mymode melebihi gaji bulanan anda sekarang. Malah ia merupakan satu jaminan pendapatan untuk wang pencen anda. Ini adalah satu peluang mencapai financial freedom anda...
6. Saya berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi saya menggunakan post paid, adakah boleh saya menyertainya?
Sudah tentu, kerana anda masih berpeluang menjual kad prepaid tersebut kepada mereka yang menggunakan prepaid atau dengan mendaftarkan agent baru. Anda akan menikmati komisen dan ganjaran hasil dari penjualaan dan penajaan anda termasuk bonus overriding hasil dari pembelian product daripada downline anda. Cuma anda sendiri tidak berpeluang menikmati penjimatan kad prepaid kerana anda membayar bil telefon bimbit anda secara postpaid. Itu sahaja bezanya.
7. Bagaimana cara bayaran untuk upgrade status Agent MyMode yang sah?
Harga yuran upgrade Agent MyMode yang sah hanya RM65 seumur hidup. Boleh gunakan salah satu akaun bank di bawah :
No Akaun : 512174052208
Nama pemegang akaun : Mohammed Shah Bin Yusoff
Email : xpaid.net@gmail.com
i - CIMB/BCB
No Akaun : 14420074388529
Nama pemegang akaun : Mohammed Shah Bin Yusoff
Email : xpaid.net@gmail.com
8. Adakah perniagaan ini boleh dipercayai dan selamat?
Mymode diasaskan oleh sebuah syarikat yang amat kukuh iaitu Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd. Telah diasaskan semenjak 2003 dan telah memenangi beberapa anugerah di peringkat Asia.
MyMode telah mempunyai lebih daripada 35,000 ejen di Malaysia untuk tahun 2004 dan pada tahun 2005 sahaja telah meningkat kepada 155,000 orang! Jadi anda tidak perlu bimbang tentang kesahihan syarikat MyMode. Anda boleh menghubungi MyMode secara terus di sini. MyMode mengambil segala langkah yang termampu untuk memastikan keselamatan data anda tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kembali ke Atas
Soalan-soalan Lazim Dari Agent MyMode
1.1 Apakah yang saya perlu lakukan setelah menjadi ahli?
Anda perlu login ke http://www.mymode.com.my/ dengan menggunakan :
Mobile No: (Nombor telefon bimbit anda yang anda gunakan dalam pendaftaran)
Password: (Nombor PIN empat angka yang diberi oleh MyMode melalui SMS) Kemudian pergi ke bahagian ' Edit Profile ' untuk mengemaskini maklumat mengenai diri anda seperti nama, alamat, no telefon, akaun bank untuk pembayaran bonus dan sebagainya. Download Starterkit Lengkap Mymode dan Guideline Xpaid MyMode yang berada di ruangan VIP XPaid beserta dokumen2 lain yang diberi berserta arahan bergambar tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan mymode dengan berkesan. Terdapat juga tips-tips, simulation pengiraan bonus, pelan pemasaran dan lain-lain lagi. Perlu di ingat, Starterkit ini hanya diberikan kepada Agent Mymode yang berdaftar dibawah group kami sahaja. Anda tidak berhak menuntut StarterKit ini sekiranya yang telah mendaftar sebagai Agent Mymode dengan group lain kerana ini bukan disediakan oleh syarikat sebaliknya inisiatif kami sendiri untuk mengembangkan downline kami.
2. Mengapakah perlu membayar yuran keahlian (RM65) tersebut ke akaun bank penaja dan bukannya kepada Syarikat Asia Mobile Commerce?
Sama seperti mana-mana perniagaan MLM yang lain, setiap agent baru memerlukan penaja/upline. Hanya Agent Mymode yang telah berdaftar sahaja boleh mendaftarkan anda. Pendaftaran dilakukan hanya dengan menggunakan arahan SMS ke server gateway Mymode yang beroperasi 24 jam. Pihak syarikat akan memotong kos yuran pendaftaran sebanyak RM65 tersebut secara automatik dari credit Mymode penaja tadi. Kerana itu yuran keahlian anda perlu dibayar kepada beliau. Di semua urusan pendaftaran akan dilakukan oleh pihak kami. Kami akan daftarkan anda kepada ID referral/penaja yang membawa anda ke laman web ini sejurus proses pengesahan kemasukan wang dibuat. Kami telah membangunkan satu sistem berangkai untuk memantau keahlian baru yang berdaftar dengan kami. Setiap click dari referral ID web replika anda akan disimpan kedalam cache komputer berkenaan selama 2 minggu. Dan sekiranya pelawat memasuki website Xpaid.Net tanpa penaja/referral, Sistem kami secara automatik akan memilih salah seorang ahli untuk dijadikan penaja beliau secara rawak (random). Jadi dengan menyertai group kami kemungkinan untuk anda mendapat downline amat tinggi!!
3. Adakah saya perlu membuka akaun Maybank untuk berurus niaga dengan syarikat?
Tidak, anda boleh menggunakan akaun bank sedia ada. Jika anda tidak mempunyai akaun bank, maka anda perlulah membuka akaun bank baru di mana-mana bank yang anda suka. Dan urusan dengan syarikat masih boleh dibuat dengan menggunakan ATM Machine. Kelebihan kepada pemegang kad ATM Maybank Kawanku, kerana menu untuk menambah prepaid Mymode telah dimasukkan kedalam sistem ATM berkenaan. Maklumat akaun bank anda boleh di masukkan ke dalam akaun MyMode anda dengan login ke http://www.mymode.com.my/ . Bank akaun diperlukan untuk tujuan pemindahan tunai ringgit dari akaun MyMode ke dalam akaun bank anda.
4. Apakah Produk-produk yang boleh saya jual?
Anda boleh menjual produk mudah-alih MyMode tanpa perlu membuka rumah-kedai dan menyimpan stok. Produk yang ditawarkan adalah: Kad-kad prepaid seperti Maxis, Celcom, TMTouch dan kad-kad reload, kad IDD/STD, iTalk Mobile, Topup Jaring, Tmnet Prepaid, dan bermacam lagi. Barangan yang akan ditawarkan dalam fasa 2 dan 3 ialah Prepaid bil APi/Air, MiTV Prepaid, Mobile Auction, Mobile Finder, Mobile Chat dan SMSTV.
5. Bagaimanakah pembelian dan penghantaran produk dilakukan?
Pembelian dan penghantaran semuanya dilakukan melalui arahan SMS. Anda boleh menhantar arahan SMS pada bila-bila masa ke server Gateway Mymode yang beroperasi 24/7. Anda akan mendapat nombor PIN Top-Up 14 digit yang kebiasaannya terdapat pada kad guris prepaid topup dalam bentuk SMS juga samada ke Handphone anda atau ke Handphone pelanggan berdasarkan arahan SMS yang anda masukkan. Sila rujuk kepada bahagian Arahan SMS untuk keterangan lebih lanjut. Jika tidak ada kesesakan atau gangguan talian, penghantaran produk melalui SMS dilakukan hanya dalam 10 ke 30 saat!
6. Berapakah harga prepaid yang dikenakan bagi mereka yang telah menjadi Agent Mymode?
Anda tetap akan dikenakan harga pasaran dan keuntungan anda akan dibayar seminggu sekali iaitu pada hari Khamis. Contohnya jika anda membeli prepaid Maxis RM60, company tetap menolak RM60 daripada credit Mymode anda. Bezanya setiap produk ini tadi mempunya nilai PV masing-masing. Sebagai contoh, PV bagi prepaid Top-Up Maxis 60 adalah sebanyak RM3.30. Jumlah inilah yang akan dikumpulkan dan dikembalikan semula kedalam credit mymode anda dalam bentuk bonus pada setiap minggu mengikut pengiraan tertentu sepertimana yang terdapat dalam Pelan Pemasaran Mymode. Sila rujuk bahagian Rewards Plan untuk keterangan lanjut.
7. Apakah yang saya perlu jika saya hendak reload telefon bimbit saya, rakan saya atau pelanggan saya?
Pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Setiap kali anda menghantar arahan SMS kepada MyMode untuk reload, jumlah yang anda reload (harga kad prepaid yang anda ingin beli) akan ditolak dari baki akaun MyMode anda (bukan akaun bank atau credit prepaid handphone). Dalam masa yang sama, anda akan mendapat komisen hasil daripada pembelian ini yang dimasukkan terus ke dalam akaun MyMode anda pada setiap minggu. Untuk menambah nilai dalam akaun MyMode anda sila rujuk soalan 13 dibawah. Anda perlu menghantar tempahan melalui arahan SMS seperti berikut:
Arahan SMS: no_PIN_anda kod produk jumlah
Contoh untuk membeli 2 keping prepaid Maxis30: 1234 M30 2
Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode.
Setelah menghantar arahan ini, anda akan menerima jawapan dari MyMode beserta no PIN Top-up dan arahan bagaimana untuk menambah nilai kredit telefon bimbit berkenaan
8. Bagaimanakah cara pelanggan saya membayar saya jika mereka ingin top up telefon bimbit mereka melalui saya?
Mereka boleh membayar secara tunai kepada anda atau mereka boleh bank in ke akaun bank anda (bukan akaun MyMode) atau apa saja cara asalkan anda menerima wang tersebut. Secara tidak langsung anda tidak perlu pasal bonus yang diberi dalam bentuk credit Mymode kerana urus niaga kita dengan customer adalah secara tunai.
9. Apakah yang saya perlu jika saya ingin menaja Agent baru?
Untuk menaja anda hanya perlu menghantar arahan SMS kepada MyMode. Sila rujuk bahagian Arahan SMS untuk keterangan lanjut. Sebelum menaja pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Ini kerana setiap kali anda menaja, RM65 akan ditolak dari baki akaun MyMode anda. Jadi tajaan anda perlu membayar RM65 kepada anda dahulu dan anda masukkan jumlah ini kedalam akaun MyMode anda. Ejen baru akan mendapat nombor PIN dari MyMode melalui SMS dan penyata baki RM11, tertera dalam akaun MyMode ejen baru untuk modal permulaan. Anda juga mendapat komisen penajaan sebanyak RM10.00 yang akan di masukkan terus kedalam akaun Mymode anda.
10. Jika saya tidak mempunyai downline atau tidak menaja, adakah saya tidak akan mendapat apa-apa bonus?
Anda masih mendapat bonus melalui penggunaan sendiri dan penjualan prepaid. Tetapi jika anda ingin mendapatkan pendapatan hingga ribuan ringgit, anda perlu menaja. Lebih ramai downline anda lebih besarlah ganjaran kewangan yang anda terima. Dengan downline yang ramai akan menerima pelbagai bonus seperti Personel Retail Discount, Overriding Bonus, Unilevel Bonus, CM Club Bonus, mobilpreneur incentive, leadership incentive dan banyak lagi. Untuk mendapat pulangan yang lumayan sebenarnya tidaklah terletak kepada berapa banyak anda mampu jual atau berapa banyak prepaid yang anda gunakan. Kerana keuntungan jualan runcit samalah seperti anda menjual nasi lemak di pasar malam (single Level Marketing). Kunci kepada pulangan dan pendapatan bonus bulanan sehingga 4 ke 5 angka adalah terletak kepada tajaan. Ini kerana keuntungan runcit tadi apabila ditambah dengan elaun tajaan, digandakan pula dengan bonus star CM, dikala itu anda tidak perlu lagi bersusah-susah di pejabat. Sebaliknya hanya goyang kaki dirumah. Jadi fikirkanlah samada anda telah cukup selesa dengan keadaan anda sekarang!
11. Bilakah pemberian komisen dan bonus kepada para ejen dilakukan?
MyMode akan membayar komisen dan bonus setiap hari Khamis. Ini bermakna pembayaran dilakukan 4 kali dalam sebulan. Walaupun bonus ini diberikan dalam bentuk credit Mymode, namun anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan ke akaun bank anda. Pastikan anda maklumat akaun bank anda kemaskini dan tepat. Sila login ke ruangan ahli di portal rasmi MyMode di http://www.mymode.com.my/
12. Bagaimanakah pembayaran bonus dilakukan? Adakah hanya dalam bentuk credit prepaid atau boleh di CASH kan?
Bonus diberikan dalam bentuk credit Mymode. Anda boleh menggunakan credit ini untuk tujuan pembelian Kad Prepaid atau untuk tujuan pendaftaran ahli baru. Dengan urus niaga tunai dengan pelanggan simboliknya bonus tadi akan menjadi wang tunai juga ke tangan anda. Walau bagaimanapun sekiranya nilai ini terlalu banyak contohnya bonus mingguan anda telah mencecah 3-4 ratus seminggu, anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan ke akaun bank anda.
13. Bagaimanakah cara untuk memasukkan wang ke dalam akaun MyMode saya untuk dijadikan modal rolling?
Nota:
- Berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2005, jumlah minimum yang dibenarkan untuk topup akaun MyMode ialah RM50 bagi satu-satu masa.
- Berkuatkuasa April 2006, Fungsi menambah nilai kredit Mymode telah terdapat dalam service ATM Machine Maybank Kawanku dan nilai minimum topup di ATM machine adalah RM30.
- Jangan masukkan wang ke akaun MyMode jika anda BELUM menjadi ejen! Masukkan wang ke akaun bank syarikat MyMode:
Bank: MayBank Berhad
Nama: ASIA MOBILE COMMERCE PRIVILEGE (M) SDN BHD
No akaun: 564575300517
Hantar arahan SMS ini untuk memberi tahu MyMode:
Arahan SMS: PINbankmbbtarikhmasa jumlah_yang_dimasukkan(tanpa perkataan 'RM')
Contoh: 1234 bank mbb 0101 143209 500
Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode.
Nota:
Format tarikh (HHBB) dimana H - hari, B - bulan
Format masa 24jam (jjmmss) dimana j - jam, m - minit, s - saat
Sekiranya anda menggunakan Cash Deposit, Waktu yang ditunjukkan pada resit hanya Jam:Minit maka anda terpaksa menambahkan 00 dibelakangnya untuk bacaan saat.
Contoh bacaan pada resit 14:24 (pukul 2:24 petang)
Isikan seperti ini: 142400 Untuk arahan-arahan SMS yang lain sila rujuk ke bahagian Agent
14. Bagaimanakah untuk mengeluarkan prepaid point (wang) dari akaun MyMode saya ke akaun Bank saya?
Bonus dan komisen anda dikira setiap hujung minggu dan dimasukkan terus ke akaun Mymode anda dalam bentuk 'prepaid point' (1 prepaid point = RM1.00). Anda boleh mengeluarkan bonus dan komisen terkumpul anda dengan menghantar arahan SMS berikut:
Arahan SMS: No_PIN_andacashjumlah_yg_dikeluarkan( tanpa perkataan 'RM')
Contoh: 1234 cash 1000
Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode
Setelah arahan anda diterima, jumlah tersebut akan dipindahkan ke akaun bank yang anda telah sediakan dalam profile anda. Jadi pastikan maklumat bank anda adalah tepat. *Setiap pemindahan wang dari akaun MyMode anda ke akaun bank anda, akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 sebagai kos perkhidmatan. Jumlah ini akan ditolak terus dari jumlah yang anda keluarkan. Anda akan diberitahu melalui SMS selepas wang tersebut masuk ke dalam akaun bank anda.
15. Saya terlupa No PIN Mymode saya. Apa yang harus saya lakukan?
Untuk mendapatkan nombor PIN anda semula, anda perlu bantuan dari penaja anda kerana dia boleh menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar arahan SMS kepada MyMode supaya menghantar no PIN anda itu melalui SMS kepada telefon bimbit anda.
Arahannya: PINpintoNoHP_downline_yg_lupa_pin
Contoh: 1234 pin to 012345678
** Arahan diatas hanya boleh dilakukan oleh Direct Upline Mymode anda sahaja. Jika anda tak tahu siapa Direct Upline Mymode anda, sila hubungi pihak syarikat
16. Apakah prepaid Points Value(PV)?
Prepaid Points atau PV(MyP) merupakan sistem pembayaran yang ditawarkan kepada ejen MyMode. Para ejen boleh mengumpul dan menggunakan Myp untuk membeli produk-produk MyMode secara online dan melalui SMS tanpa menggunakan wang tunai atau kad kredit. Setiap kali anda menerima komisen atau bonus, anda akan dibayar dalam bentuk Myp. Myp dikumpul didalam akaun MyMode anda yang boleh dipindahkan ke akaun bank yang anda tetapkan. Anda juga boleh menambah nilai PP anda dengan memasukkan wang ke akaun syarikat.
17. Telefon bimbit saya kehabisan kredit, bolehkah saya menggunakan telefon lain kerana saya tetap menggunakan PIN yang sama dalam arahan SMS saya kepada MyMode?
Tidak boleh. Anda perlu menggunakan telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan MyMode. Jadi anda perlu tambah nilai telefon bimbit yang kehabisan kredit itu sebelum anda boleh berurusan dengan MyMode.
18. Berapa lamakah saya perlu tunggu jawapan dari MyMode apabila menghantar arahan SMS?
Jika tidak berlaku kesesakan talian, anda akan menerima jawapan SMS daripada MyMode hanya dalam beberapa saat dan tidak lebih dari seminit.
19. Saya merupakan Agent Mymode sebelum ini. Bagaimana untuk saya mendapatkan keahlian di Xpaid.Net?
Maaf, Kami membangunkan script ini hanya untuk kegunaan Agent Mymode yang berdaftar dibawah Group Xpaid.Net sahaja. Sekiranya anda tetap menginginkan service ini, maka kami menyarankan anda supaya mendaftar semula dengan kami dengan menggunakan no HP yang baru.
20. Saya merupakan Agent Mymode sebelum ini. Bolehkan saya mendaftar semula dengan menggunakan nombor yang sama? Atau bagaimana jika saya ingin memindahkan keahlian lama saya ke nombor lain supaya saya dapat gunakan nombor HP ini untuk berdaftar sebagai downline Xpaid.Net?
Tidak boleh. Satu no HP hanya boleh didaftarkan untuk satu akaun Mymode sahaja. Memandangkan keahlian mymode adalah seumur hidup, maka ia tidak boleh didaftarkan semula. Jika anda tetap ingin menggunakan nombor lama untuk mendaftar semula dengan kami, pertama anda perlu mengisi borang pertukaran nombor telefon untuk memindahkan keahlian lama anda ke nombor yang lain dari ruangan ahli portal rasmi Mymode dan kemudian fax kepada pihak syarikat.
Setelah proses tersebut selesai barulah nombor lama anda boleh didaftarkan semula
21. Bagaimanakan cara untuk berjaya dalam program ini?
Terdapat tiga cara utama untuk berjaya dalam MyMode iaitu melalui:
Mengguna Produk
Anda boleh menggunakan produk MyMode sendiri dengan menambah nilai (top up) telefon bimbit anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat komisen, bukan tuan punya kedai.
Menjual
Pendapatan anda akan bertambah apabila anda menjual produk MyMode kepada orang lain. Mereka akan top up telefon bimbit mereka melalui anda, bukan lagi kedai telefon dan anda akan mendapat komisen .
Menaja (recommended)
Menaja ejen baru merupakan satu-satu cara yang membolehkan anda melipat-gandakan pendapatan anda. Perniagaan berkonsep MLM ini akan membolehkan anda memperolehi pendapatan sehingga ribuan ringgit melalui penajaan. Ini kerana anda mendapat komisen bagi setiap produk yang dijual atau setiap penajaan yang dilakukan oleh anda dan ejen dibawah anda.
Kembali ke Atas